Wednesday, January 24, 2007

Untuk "AYAH TAHU DOSA PAHALA"

Assalamualaikum,
Sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Terlampau sibuk dengan urusan kerja dan keluarga antara sebab tiada posting-posting baru dari saya. Nampaknya senario politik & isu-isu semasa di tanah air masih lagi seperti 2-3 minggu yang lepas. Masih lagi panas dengan isu-isu kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, pilihanraya kecil DUN Batu Talam, kes saman orang-orang kanan NSTP terhadap 2 blogger terkenal, banjir di Johor yang masih belum surut dan macam-macam lagi.

Pagi tadi saya melayari laman web Utusan Online. Pada ruangan Forum, saya tertarik kepada sepucuk surat yang dihantarkan oleh seorang hamba Allah yang menggunakan nama "AYAH TAHU DOSA PAHALA". Di dalam surat beliau menyentuh tentang pemakaian tudung oleh anak perempuannya. Dia mendakwa bahawa guru kepada anaknya telah memaksa anaknya untuk memakai tudung atau menghadapi tindakan oleh gurunya.

Saya minta anda semua untuk membaca surat saudara "AYAH TAHU DOSA PAHALA" yang saya pastekan di bawah ini, kemudian buatlah penilaian sendiri terhadap manusia "AYAH TAHU DOSA PAHALA" ini.


Bapa persoal sekolah paksa anak bertudung

SAYA adalah bapa kepada seorang murid darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, amat tidak faham dengan undang-undang sekolah tersebut.

Anak saya dipaksa memakai tudung. Sekiranya tidak memakai tudung, guru akan memberi amaran seperti: “Esok kalau awak tak pakai tudung, awak kena!”

Persoalannya, adakah sekolah yang bukan sekolah agama mewajibkan pemakaian tudung atau adakah ia sekarang menjadi pakaian lengkap untuk seseorang murid Islam?

Saya kadang-kadang kasihan melihatkan anak saya dan juga murid lain yang asyik membega tudung, tambah-tambah lagi ia satu kemestian pula untuk memakai ‘skaf’ di bawah tudung kepala.

Selama ini pun, anak saya memakai baju kurung dan selama ini pun, isteri saya memakai tudung.

Semua ini dilakukan dengan rela hati. Maknanya, saya bukan menentang penerapan Islam.

Kebanyakan murid Melayu yang memakai tudung, rata-rata sebab terpaksa kerana guru sudah beri amaran.

Seperkara lagi yang saya dengar, kelas tambahan yang diadakan pada waktu malam untuk murid-murid darjah 6, semua murid perempuan disuruh memakai baju kurung dan bertudung.

Kenapa hingga ke kelas malam pun, diadakan undang-undang berpakaian?

Takkanlah budak-budak perempuan hendak pakai seluar pendek pula? Sudah tentu mereka tahu bagaimana untuk berpakaian ke sekolah.

Saya tahu menutup aurat itu adalah wajib bagi umat Islam dan saya tidak pernah ragu-ragu mengenai perkara tersebut.

Cuma saya amat tidak puas hati sekiranya ia menjadi isu, “kalau tak pakai, guru akan pinggirkan murid berkenaan.”

Bukankah kita pakai tudung itu demi kerelaan dan bukannya sebab takut pada guru?

– AYAH TAHU DOSA PAHALA,

Seri Serdang,

Selangor.

Jadi, apa pendapat anda setelah membaca surat beliau? Bagi saya hanya satu pesanan sahaja untuk "AYAH TAHU DOSA PAHALA":-

Wahai saudara,
Tak perlulah kita mempersoalkan cara bagaimana guru tersebut menyuruh anak saudara memakai tudung samada paksa ataupun secara tidak paksa. Bagi mereka yang tahu betul hukum agama, memakai tudung bagi perempuan adalah perkara WAJIB! Walaupun anak saudara belum lagi mencapai umur baligh, tetapi inilah masanya untuk mendidik anak tersebut tentang hukum-hukum agama yang asas.

Jikalau saudara beranggapan cara yang dipraktikkan oleh guru tersebut sebagai melampau, saudara tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan dengan mengenakan kritikan-kritikan yang seolah-olah membelakangkan agama. Sepatutnya cara yang terbaik adalah dengan memberikan penjelasan dengan lebih jelas kepada anak saudara mengapa perempuan Islam harus memakai tudung dan menjelaskan lagi bahawa tindakan guru tersebut adalah untuk kebaikan diri anak tersebut.

Di dalam surat tersebut juga "AYAH TAHU DOSA PAHALA" ada mengatakan tentang undang-undang berpakaian waktu malam. Wahai saudara, agama suci Islam kita adalah agama sepanjang hari dan masa. Ianya hendaklah diamalkan pada setiap waktu tidak kira siang atau malam. Jadi soal memakai pakaian yang menutup aurat & tudung pada waktu malam tidak sepatutnya timbul. Melainkan saudara mengamalkan ajaran mazhab baru iaitu mazhab ada-had-ada-hari yang dilaung-laungkan oleh PM kita.

Pendek kata kita jangan langsung mempersoalkan hukum-hukum agama yang dianggap mudah ini. Nabi suruh perempuan pakai tudung, jawabnya pakai sahaja tanpa banyak soal. Habis cerita. Allah suruh sembahyang, puasa dan lain-lain, buat sajalah. Kenapa perlu banyak soal dan complain?

Lagi satu soalan saya kepada "AYAH TAHU DOSA PAHALA", kalau sekarang anak saudara tak pakai tudung, bila masa pula dia akan pakai tudung? Sebagai bapa, saudara sudah sedia maklum bahawa tanggungjawab memberikan pengajaran agama terletak di bahu ibu-bapa itu sendiri. Guru-guru adalah sebagai orang yang membantu kita sahaja. Objektif guru dan sekolah terbabit memang baik dan positif dan tak perlulah saudara mengeruhkan keadaan dengan tulisan-tulisan yang seolah-olah mahu memburuk-burukkan sekolah dan guru terbabit.

Tepuk dada tanya selera.

Wassalam

Saturday, January 6, 2007

Perasmian Eye on Malaysia

Majlis pelancaran 'Eye on Malaysia' oleh si dolah kain batik tidak berjalan seperti yang dijadualkan. Sebab nya amat mudah, si Dolah lambat hadir seperti kebiasaan :)

VMY2007_Launch_ChenWS.jpg

Cuba perhati gambar di atas, nampak gaya si dolah seperti sedang membaca souvenir program book, tetapi sedarkah anda yang bahawa si dolah ni rabun dekat! Mana boleh membaca tanpa cermin mata dia. Yang sebenarnya imam hadhari ni sedang khusyu' tidur seperti di dalam majlis-majlis lain yang dihadirinya. Pegang buku tu cuba 'act' saja. Sudah la datang lambat, bila majlis bermula dia balun tidur... Sepatutnya majlis ini dinamakan 'Eye on Dolah'!...