Salam,
Ingat lagikah anda poster-poster ini? Hasil rekaan saudara Sheih dari blog Kickdefella. Baru-baru dilaporkan bahawa saudara Sheih telah menghilangkan diri secara tiba-tiba.
Bermacam-macam khabar angin yang tersebar. Yang antara lain menyebut bahawa beliau telah ditahan oleh Special Branch (SB) dah ada juga yang mengatakan bahawa beliau telah ditahan di bawah ISA.
Agak lama juga beliau tidak muncul dengan posting yang baru di dalam blognya. Beliau memang terkenal dengan posting-posting yang pedas dan tiada tersebunyi yang kebanyakkannya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad dan keluarganya. Bagi yang meminati laman blog beliau sudah tentu tertanya-tanya mengapa dengan secara tiba-tiba beliau 'hilang'. Ramai juga antara sahabat-sahabat blog yang lain cuba untuk berhubung dengannya samada melalui telefon atau e-mail tetapi kesemuanya gagal.
Dan setelah hampir 2 bulan tidak muncul, tiba-tiba dia menghantar postingnya ke laman blognya. Menurutnya ini adalah
postingnya yang terakhir di dalam blog tersebut. Bermakna tiada lagi posting-posting pedas yang akan dihasilkan oleh beliau.
Agak menghairankan juga setelah membaca
posting beliau yg terakhir itu. Nadanya tidak sama seperti
posting-posting yang lepas. Memang saya tidak mengenali beliau secara peribadi, tetapi saya adalah antara peminat blog beliau dan sering mengikuti perkembangan tulisan-tulisan beliau dari masa ke semasa. Di sini saya
pastekan
posting beliau yang terakhir itu untuk tatapan mereka yang belum berkesempatan untuk membacanya.
Posting Terakhir
Ini adalah posting terakhir saya di blog ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengunjung dan juga rakan blogger di atas sokongan selama ini. Semenjak posting saya pada 17 November yang lalu, berbagai pengalaman baru saya tempuhi. Alhamdulillah, saya sihat sejahtera. Maaf kerana saya telah menimbulkan kerisauan kepada rakan-rakan sekalian. Mulai hari ini, saya memulakan blog baru di Kickdefella - Return of The Prodigal Son. Laman baru ini akan mengenengahkan nota-nota tutorial saya, pandangan saya tentang pengajian perfileman dan juga sedikit cetusan rasa terhadap keadaan semasa di negara Malaysia. Saya berjanji, tidak akan ada lagi tumbukan 'below the belt' buat menantu Perdana Menteri sekarang dan juga terhadap Perdana Menteri Malaysia yang amat prihatin membela bangsanya. Insya Allah. let bygone be bygone. Ikhlas, Sheih
Setelah dibaca dan diamati pesanan 'terakhir' tersebut, beberapa rumusan yang dapat saya simpulkan di sini:-
- Nada penulisan seperti ditulis oleh orang lain.
- Jika saudara Sheih sendiri yang menulisnya, ia seperti telah berlaku brain torcher ke atas saudara Sheih. Mungkin dilakukan semasa beliau di tahan oleh SB.
- Terdapat ayat yang melibatkan Perdana Menteri dan menantunya. Adakah mereka berdua ini terlibat? Jika benar ini berlaku maka memang benarlah dakwaan Tun Dr. Mahathir yang negara kita ini telah menjadi negara polis.
- Nampaknya kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh Perdana Menteri adalah dusta semata-mata. Kebebasan bersuara melalui saluran media perdana memang telah lama disekat sejak Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad memegang tampuk kuasa.
Kepada saudara Sheih, selamat maju jaya kepada laman blog terbaru saudara. Mungkin satu hari nanti kita akan bersua muka. InsyaAllah.
Wan'AmmarYasser